6,320, kes baharu Covid-19, 50 kematian

0
1

JANGKITAN Covid-19 hari ini adalah sebanyak 6,320 menjadikan Malaysia merekodkan tiga hari berturut-turut kes baharu melepasi angka 6,000 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga 12 tengah hari hari ini, Malaysia merekodkan 50 kematian baharu dan jumlah kes sembuh sebanyak 4,694.

Menurutnya, sebanyak 6,317 kes baharu Covid-19 membabitkan jangkitan tempatan melibatkan 5,870 warganegara, manakala 48 daripada 50 kematian hari ini adalah warganegara.

Menurutnya, pesakit yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 652, manakala pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan ialah 370 kes.

Setakat hari ini, jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia merekodkan sebanyak 505,115 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here