TAK perlu keluar rumah selepas jam 8 malam

0
2

KERAJAAN memutuskan semua sektor ekonomi hanya beroperasi sehingga jam 8 malam bagi mengawal pergerakan orang ramai dalam usaha mengekang penularan Covid-19.

“Tujuan kita adalah untuk kurangkan pergerakan… saya percaya selepas jam 8 malam tak perlu keluar rumah sebab semua aktiviti perniagaan ditutup,” kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Terdahulu Ismail Sabri mengumumkan sektor perniagaan termasuk kedai makan, stesen minyak, pusat beli-belah serta perkhidmatan lain seperti kedai dobi hanya beroperasi mulai 8 pagi hingga 8 malam, berbanding 6 pagi hingga 10 malam ketika ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata kerajaan akan menggunakan sistem Pengecaman Lokasi Panas untuk Libat Urus Dinamik (HIDE) bagi mengenalpasti kawasan berisiko tinggi seperti pusat beli-belah dan kawasan perkilangan.

“Setelah KKM buat penialaian risiko dan libat urus, kawasan yang masih berisiko tinggi akan ditutup serta-merta,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here