Selangor tidak setuju pelaksanaan PKP penuh

0
2

Nilam Oshman

“KITA tidak setuju pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh di Selangor,” kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Selangor, Dr Mariah Mahmud.

Beliau berkata, pendirian itu dibuat kerana PKP penuh tersebut akan memberi kesan kepada ekonomi peniaga-peniaga kecil termasuk pekerja harian.

“Saya didatangi mereka yang bekerja sendiri, individu itu merayu sangat, janganlah sekali lagi ‘lockdown’. Jika dilaksanakan mereka nak makan apa?.

“Kerajaan negeri boleh beri ‘food pack’ tapi takkan hari-hari nasi, sardin. Rakyat perlu bekerja dan kita tak tahu berapa minggu lagi PKP dilaksanakan,” katanya dalam sidang media khas Covid-19 Negeri Selangor hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri mengambil langkah strategik ‘membebaskan’ rakyat agar boleh bekerja.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri akan memberi keutamaan pemberian suntikan vaksin kepada mereka yang bekerja sementara suri rumah dan individu tidak berisiko diminta menunggu terlebih dahulu.

“Masing-masing agak tertekan bila Menteri Kesihatan umum lockdown. Perkara itu memang menjadi kerisauan rakyat Selangor dan saya juga menghormati apabila Menteri Besar Selangor mengatakan ‘it has to be done’.

“…. tetapi dengan timeline dan tambahan-tambahan langkah yang perlu kita ambil untuk mengatasi masalah ini dengan berkesan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sekiranya PKP penuh yang dilaksanakan masih gagal mengurangkan peningkatan kes ia hanya tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat.

“Tak guna kita lockdown lepas itu buka balik, dan naik balik.. lockdown lagi.. itu bukan caranya,” katanya.

Pada 17 Mei lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bercadang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh dan lebih ketat di Selangor.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pertimbangan itu akan dilaksanakan sekiranya negeri itu gagal mengekang penularan Covid-19.

“Sekiranya melihat kepada ketidakupayaan mengekang penularan Covid-19, maka cadangan untuk melaksanakan PKP penuh adalah satu perkara yang boleh dipertimbangkan,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here