Seketeriat Peguam Pemuda Umno Johor terus sediakan khidmat guaman percuma

0
1

ENAM dari 10 individu yang dituduh berhubung tunjuk perasaan di Parit Raja, Batu Pahat pada 13 Mei lalu, telah mengunakan khidmat nasihat yang ditawarkan secara percuma oleh Sekateriat Peguam Pemuda Umno Johor.

Menurut Pengerusinya, Mohd Fared Mohd Khalid, setakat prosiding hari ini, berhubung kes ‘kain rentang kerajaan gagal’ itu, kesemua mereka yang ditahan akan dibebaskan hari ini sementara menunggu keputusan sama ada dituduh atau tidak.

“Setakat hari ini juga, ada beberapa orang lagi yang baru direman dan disiasat

“Kepada mana-mana pihak yang menggelar mereka-mereka ini sebagai ‘perusuh’, hormatilah hak mereka kerana siasatan masih dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau yang merupakan Naib Ketua Pemuda Umno Johor berkata, sekiranya ada di antara individu terbabit yang akan didakwa, Sekretariat Peguam Pemuda Umno Johor akan terus menawar dan menyediakan khidmat guaman percuma.

“Yakinlah kepada kredibiliti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam membuat siasatan yang telus.

“Yakin jugalah kita kepada sistem kehakiman dan keadilan untuk semua pihak,” katanya.

Sebelum itu, kesemua lelaki berusia 16 hingga 28 tahun ditahan susulan maklumat orang awam mengenai penemuan kain rentang bertulis ‘Kerajaan Gagal’ di sebuah jejantas di kawasan itu pada 13 Mei lalu.

Malah, terdapat video yang tular di media sosial memaparkan perhimpunan, nyalaan suar dan menaikkan kain rentang tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Setakat Ahad lalu, kira-kira 20 individu ditahan kerana rusuhan, membakar suar serta menaikkan kain rentang berkenaan. -Malaysiapost

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/05/16/himpunan-parit-raja-pemuda-umno-johor-tawar-khidmat-guaman-percuma/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here