Langgar SOP, Neelofa dan PU Riz didakwa esok?

0
1

SELEBRITI popular, Neelofa dipercayai akan didakwa di mahkamah esok berhubung pelanggaran prosuder operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bulan lalu.

Difahamkan, turut didakwa bersama adalah suaminya, PU Riz di Mahkamah Majistret Dua Seremban, Negeri Sembilan jam 9 pagi, lapor MalaysiaGazette.

Menurut sumber, pasangan suami itu akan dituduh berhubung kesalahan merentas negeri ke Nilai 3 di negeri itu untuk membeli karpet.

Pada 4 Mei lalu, pengacara dan usahawan popular dan pendakwah bebas itu hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Negeri Sembilan.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Datuk Che Zakaria Othman yang mengesahkan hal itu berkata siasatan akan dilakukan mengikut perundangan yang ada dan tiada sebarang keistimewaan diberi.

Neelofa, 32, dan PU Riz disiasat di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) serta di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan Kawalan Pergerakan Bersyarat 2021 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Video berdurasi 15 saat yang dimuat naik Neelofa di Instagram Story memaparkan beliau dan suami berada di sebuah kedai dipercayai di Pusat Borong Nilai 3, Nilai tular pada 1 Mei lalu.

Bekas pengacara MeleTOP itu kemudian memadamkan video tersebut selepas perkara itu menjadi tular dalam kalangan netizen.

Malah, baru- baru ini, Neelofa dilaporkan sekali lagi melanggar SOP Aidilfitri dengan menyambut hari raya bersama lebih 10 ahli keluarganya di sebuah kediaman di Ampang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata, majlis tersebut disyaki berlangsung di kediaman selebriti tersebut di Hulu Kelang, Ampang.

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/05/18/polis-akan-panggil-individu-terlibat-sambutan-aidilfitri-neelofa/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here