Lagi Exco Terengganu dikompaun RM2,000

0
1

SEORANG lagi Exco Terengganu dikompaun RM2,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika perayaan Aidilfitri.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat dikompaun selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai dikompaun selepas membuat kunjungan ke beberapa kediaman pada 1 Syawal lalu.

Menurutnya, perkara tersebut kemudian tular menerusi media sosial.

Sementara itu, Hanafiah menerusi hantaran di Facebooknya berkata beliau menerima kompaun tersebut secara terbuka.

“Tiada istilah golongan kayangan antara pemimpin dan rakyat,” katanya.

Kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim yang juga Adun Jabi, Besut, dikompaun RM2,000 kerana menerima kunjungan jirannya pada 1 Syawal. – Malaysiapost

Foto Kredit: Ihsan Polis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here