Isteri ziarah suami di SJR kena kompaun RM2,000

0
1

POLIS mengeluarkan kompaun RM2,000 kepada seorang isteri anggota polis yang melawat suaminya ketika sekatan jalan raya (SJR) di Putrajaya pada 1 Syawal lalu. 

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, polis telah menerima pelbagai reaksi masyarakat susulan kes berkenaan. 

Katanya, siasatan yang dijalankan mendapati anggota tersebut dan keluarganya tinggal di dalam daerah Putrajaya. 

“Isteri dan anak-anaknya datang menaiki dua kenderaan berbeza untuk singgah sebentar bagi menyerahkan juadah Aidilfitri kerana suami bertugas pada Hari Raya tersebut. 

“Jadi, bagi dakwaan menaiki kenderaan melebihi had tiga orang, tiada kompaun dikeluarkan kerana mereka menaiki dua kenderaan berbeza,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Bagaimanapun, beliau berkata, satu kompaun telah dikeluarkan kepada isteri anggota itu di bawah Peraturan 21 (PU A 225/20212) ziarah Hari Raya Aidilfitri. 

“Selain itu, kesalahan itu di bawah No 21 kesalahan-kesalahan lain yang diperuntukkan dalam SOP dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana pelanggaran SOP PKP dengan menziarah suami di sekatan jalan raya,” katanya. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, pada awalnya, perbuatan tersebut dilihat sebagai tanggungjawab isteri untuk memberi sokongan moral kepada suami yang sedang bertugas dengan menghantar juadah di pagi raya. 

“Namun, kepentingan awam adalah melebihi kepentingan individu dan polis tidak mahu perbuatan sedemikian dijadikan alasan oleh semua ahli keluarga petugas untuk melawat keluarga di lapangan pada Hari Raya atau hari biasa,” katanya. – Malaysiapost 

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/05/15/keluarga-salam-serah-juadah-raya-di-sjr-tak-langgar-sop/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here