36 lagi kematian akibat Covid-19 hari ini

0
1

SEBANYAK 36 kes kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan Kementerian Kesihatan hari ini, sedikit penurunan berbanding 44 dicatatkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu di negara ini meningkat kepada 1,902 kes.

“Lapan kes kematian direkodkan di Selangor, Pulau Pinang (enam), Sarawak dan Kedah (lima), Kuala Lumpur (empat), Perak (tiga), Negeri Sembilan dan Terengganu (dua) serta satu di Pahang,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Kes kematian membabitkan individu berusia 29 hingga 93 tahun yang mempunyai penyakit kronik.

Sementara itu, sebanyak 3,990 kes sembuh baharu dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh ialah 426,319 kes atau 90.69 peratus.

Hari ini Malaysia mencatatkan 3,780 kes baharu dengan jumlah kumulatif terus meningkat 470,110 manakala kes aktif ialah 41,889 kes.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here