Dana Palestin: Parti politik tak perlu jadi orang tengah

0
1

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman mempersoalkan tindakan parti politik menjadi orang tengah bagi kutipan dana Palestin.

Sebaliknya, beliau berkata rakyat wajar menyumbang secara terus kepada pertubuhan-pertubuhan yang diiktiraf bagi kutipan dana Palestin.

“Kenapa nak salur bantuan dan sumbangan melalui akuan parti politik? Saya lihat sudah ada beberapa cawangan parti politik yang buat begini.

“Saya seru orang ramai untuk sumbang terus ke pertubuhan yang diiktiraf. Perlu ada ketelusan dalam mengisytiharkan dana yang dikutip dan disalurkan ke Palestin.

“Parti politik tak perlu jadi orang tengah. Menyumbanglah dengan cermat,” katanya menerusi Facebook.

Semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan parti itu melalui Lajnah Antarabangsa PAS Pusat akan menggerakkan kempen kesedaran rakyat terhadap perjuangan Palestinm

Selain menyelaras kutipan dana #Aid4Palestine melalui kaedah ‘crowdfunding’ dengan sasaran bantuan minima RM1 juta yang akan disalurkan terus ke bumi Palestin. – Malaysiapost.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here