OIC perlu lebih tegas lindungi Palestin dari keganasan Israel

0
1

DATUK Seri Hishammuddin Hussein akan kerajaan Malaysia ke Mesyuarat Tergempar Terbuka secara maya Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Peringkat Menteri-Menteri Luar, esok.

Menteri Luar itu berkata ia bagi membincangkan mengenai tindakan keganasan, pencerobohan dan pendudukan kuasa oleh Israel di Wilayah Palestin terutamanya di Al-Quds Al-Shareef.

“Saya akan sampaikan pendirian tegas dan tidak berbelah bahagi Malaysia mengenai perkara ini kepada OIC.

“Saya juga akan menyuarakan gesaan ramai rakyat Malaysia agar OIC mengambil tindakan lebih tegas dan melaksanakan usaha semaksimum mungkin demi melindungi rakyat Palestin daripada keganasan Israel.

“Kekejaman dan kezaliman tentera penjajah Israel terhadap rakyat Palestin mesti dihentikan serta-merta tanpa sebarang kompromi,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here