Kerajaan sedang hadapi ujian – Pemuda PAS

0
2
Ir Khairil Nizam Khirudin

KERAJAAN hari ini sedang berdepan dengan suasana ujian yang tidak ada siapapun pernah menghadapinya.

Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin, berkata malah keadaan berkenaan juga sedang berlaku di negara-negara lain.

“Apabila kita berkuasa, orang yang tidak bersama dengan kita adalah musuh politik kita. Itu adalah kesilapan besar apabila kita memimpin negara.

“Sebab itu saya tidak risau dengan kritikan daripada rakan-rakan komponen mahupun daripada kawan-kawan pembangkang kepada kerajaan,” katanya menerusi Facebook.

Mengulas lanjut, Khairil Nizam berkata, beliau menganggap kritikan berkenaan adalah untuk memperbaiki kerajaan.

“Apatah lagi kerajaan hari ini sedang berdepan dengan suasana ujian yang tidak ada siapapun pernah menghadapinya. Inilah Kerajaan yang menghadapinya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Malaysia sebuah negara unik dari segi keharmonian dan toleransi antara kaum yang diikat dengan ikatan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip Rukun Negara yang kuat.

Katanya, asasnya ialah keadilan Islam sama ada rakan-rakan daripada kalangan muslim atau bukan muslim semua adalah rakyat Malaysia.

“Bila kita bergelar rakyat Malaysia, kita ada hak kepada bumi yang tercinta ini dan kita akan dilindungi oleh Perlembagaan kita.

“Kalau inilah semangat yang kita pegang bersungguh-sungguh, dan sekiranya kita semua pemimpin muda ada i’tiqad, ada semangat, untuk kita bersatu tenaga dan minda dalam usaha menambah baik dan memajukan negara ini.

“Saya yakin dan percaya, Malaysia akan negara menjadi maju pada masa akan datang,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here