‘Bukan anak saya pembawa virus varian Afrika Selatan’ – Nik Abduh

0
1

AHLI Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menafikan anaknya membawa ‘pulang’ virus Afrika Selatan sehingga mencetuskan kluster Bunut Sarang Burung sebagaimana yang tular di Facebook, semalam.

Nik Mohamad Abduh berkata, mengikut makluman daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) varian itu telah menjangkiti seorang remaja berusia 16 tahun sehingga mencetuskan kluster.

“Anak saya berusia 26 tahun, memang betul dia belajar di Afrika Selatan dan pulang ke Kelantan pada 5 April lalu tetapi itu pun selepas selesai menjalani kuarantin wajib selama 10 hari di Kuala Lumpur sebagaimana disyaratkan oleh kerajaan.

“Dia akan kembali semula ke negara berkenaan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti,” katanya memetik Sinar Harian.

Menurutnya, beliau dan keluarga tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang telah menyebarkan berita palsu tersebut.

“Biar mereka (penyebar) buat pahala banyak-banyak di bulan Ramadan ini,” katanya.

Pada 5 April lalu, anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan itu memuat naik status di entri laman sosial miliknya berkongsi kegembiraannya menyambut kepulangan anak sulungnya yang pulang bercuti dari Afrika Selatan.

Bagaimanapun, pada Ahad tular tangkap layar Facebook yang mempersoalkan kepulangan anak sulung Nik Mohamad Abduh ke Kelantan sama ada menjalani kuarantin atau tidak. – Malaysiapost

Foto Kredit: Sinar Harian

Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/05/08/jangkitan-sporadik-lebih-daripada-kluster-biasa/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here