Kerajaan setuju teruskan pembinaan Kapal Tempur Pesisir Pantai

0
2
ismail sabri

KEMENTERIAN Pertahanan mengumumkan persetujuan untuk Kumpulan Boustead meneruskan pembinaan Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) yang terhenti sejak 2019 dengan syarat yang perlu dipatuhi oleh syarikat itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia diputuskan pada Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang Rabu lalu.

Ismail Sabri berkata, dengan penerusan pembinaan itu, ia akan menyelamatkan 1,600 pekerja yang terdiri daripada anak tempatan dan lebih 400 syarikat vendor yang terdiri daripada PKS Bumiputera.

“Sekiranya pembinaan LCS ini tidak diteruskan ia akan memberi impak negatif kepada pekerja dan vendor Bumiputera yang terbabit.

“Ia juga akan memberi kesan kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera iaitu pemegang saham di dalam Boustead Holdings Berhad,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, ia secara tidak langsung memberi kesan kepada pencarum iaitu anggota tentera jika projek ini tidak diteruskan malah pihak bank yang memberi pinjaman kepada projek ini juga bakal kerugian kerana Boustead Naval Shipyard tidak berkeupayaan membayar pinjaman.

“Untuk rekod, Kumpulan Boustead Naval Shipyard adalah sebuah syarikat milik kerajaan yang diusahakan oleh majoritinya anak Melayu Bumiputera,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Pertahanan mengumumkan bahawa pihaknya terpaksa menimbang untuk menamatkan kontrak syarikat kontraktor yang membekalkan enam aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) jenis kapal LCS kerana mengalami kelewatan dalam pembinaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here