Covid-19: Katil ICU hospital hampir penuh

0
1

KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan katil-katil Unit Rawatan Rapi (ICU) semakin dipenuhi pesakit Covid-19.

Bercakap dalam sidang media pertamanya selepas hampir dua bulan, Dr Noor Hisham berkata data Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan lima hospital di Lembah Klang kini beroperasi melebihi kapasiti.

Pada masa sama, katanya, lebih 70 peratus katil ICU Covid-19 di 19 hospital awam di seluruh negara sudah penuh.

“Kami menggesa semua rakyat untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana kita berada dalam kedudukan kritikal.

“Hospital awam dan hospital swasta semakin kehabisan katil ICU dan katil (kes Covid-19),” katanya ketika sidang media, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, KKM memohon tempoh selama dua minggu bagi menurunkan kes jangkitan dan persiapan agar hospital-hospital Covid-19 dapat merawat seperti biasa.

“Mudah-mudahan, anda dapat memberi kami tempoh dua minggu. Itu akan memberi kita (jangka masa) mempersiap dan mengatur kembali diri kita untuk menurunkan kes-kes tersebut supaya hospital-hospital kita dapat merawat pesakit yang dijangkiti Covid-19,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here