Man United jumpa Liverpool pagi raya kedua

0
1

AKSI Manchester United bertemu Liverpool yang tertangguh susulan insiden penyokong menceroboh Stadium Old Trafford Ahad lalu, akan berlangsung pada 13 Mei ini. 

Perlawanan antara dua musuh ketat Liga Perdana Inggeris itu dijadualkan berlangsung pada jam 8.15 malam waktu tempatan, atau 3.15 pagi waktu Malaysia, 14 Mei. 

Ia bermakna penyokong kedua-dua pasukan di Malaysia terpaksa bersengkang mata pada awal pagi Hari Raya kedua memandangkan 1 Syawal dijangka jatuh pada 13 Mei. 

Portal BBC melaporkan, keputusan itu bermakna United perlu bermain dua perlawanan dalam jarak 50 jam memandangkan aksi mereka bertemu Leicester di tempat sendiri telah diawalkan sehari iaitu pada 11 Mei. 

Perlahan Liverpool di West Brom pada 16 Mei bagaimanapun kekal seperti jadual asal. 

Ahad lalu, ribuan penyokong United berdemonstrasi menentang pemilikan keluarga Glazer di Old Trafford menyebabkan perlawanan kedua-dua pasukan terpaksa ditangguhkan atas faktor keselamatan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here