Ketua Armada Kelantan meninggal dunia

0
1

KETUA Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu Kelantan, Datuk Muhammad Amiin Ridhuwan Ab Aziz, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Pohon Buluh di Kota Bharu, pagi tadi. 

Beliau yang berusia 36 tahun meninggal dunia kira-kira jam 6 pagi selepas bersahur dipercayai akibat serangan jantung. 

Setiausaha Akhbar Armada Kelantan, Che Isham Sharudin Che Hamat Nordin berkata pemergian Muhammad Amiin Ridhuwan secara mengejut adalah kehilangan besar kepada seluruh kepemimpinan Armada. 

“Jenazah Allahyarham masih berada di Hospital Pasir Mas untuk pemeriksaan lanjut. 

“Beliau akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Benta, Kampung Pohon Buluh selepas solat Zuhur,” katanya. 

Allahyarham meninggalkan dua isteri dan lapan anak. 

Sementara itu, Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menerusi catatan di Facebooknya meluahkan rasa sedih atas pemergian Allahyarham. 

“Sahabatku, kau pergi dulu mengadap Ilahi di bulan yang mulia ini. Perit jerih membangunkan sayap pemuda kita di Pantai Timur, aku menjadi saksi akan usaha mu. 

“Ya kau bukan sempurna seperti juga kami semua tapi aku tidak silap dalam mengangkat mu dan aku tetap pertahankan kau sehingga saat ini…tenanglah kau di sana, kelak kita tetap berjumpa,” tulisnya. – Malaysiapost.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here