5 bazar Ramadan Rapid KL ditutup mulai Sabtu ini

0
1

SEMUA bazar Ramadan kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) di Selangor akan ditutup mulai Sabtu ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Prasarana memaklumkan penutupan itu membabitkan lima bazar Ramadan Rapid KL yang terletak di dalam Selangor. 

“Penutupan ini selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung pelaksanaan PKP, di enam daerah di Selangor,” menurut Prasarana dalam kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu, Bazar Ramadan Rapid KL yang mula beroperasi pada 13 April lalu merangkumi enam lokasi iaitu di stesen-stesen LRT Kelana Jaya, Glenmarie, Damai, Pandan Indah, Cempaka dan Putra Heights. 

“Operasi bazar di stesen LRT Cempaka telah ditutup lebih awal pada 1 Mei selepas lokasi berkenaan tersenarai di dalam kawasan berisiko tinggi menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Hotspot Identification by Dynamic Engagement (HIDE).

“Bazar Ramadan di Stesen LRT Damai yang terletak di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan beroperasi seperti biasa,” katanya. 

Prasarana turut mengucapkan terima kasih kepada pengujung dan peniaga yang telah memberikan sokongan atas inisiatif  bazar terbabit walaupun terpaksa mengharungi cabaran wabak Covid-19. 

“Warga kota disaran terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) walau di mana berada, seperti yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa bagi menjamin keselamatan semua,” tambah kenyataan itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here