4 lokasi SJR di Petaling Jaya kekal sepanjang PKP

0
1
jalan raya sjr sekatan

POLIS Daerah Petaling Jaya akan menambah kekuatan pasukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah terbabit yang bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata bagi tujuan itu pihaknya bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam melakukan pemantauan.

Menurutnya, pihaknya juga akan mengekalkan empat lokasi sekatan jalan raya (SJR) sedia ada.

“Susulan daripada PKP yang dilaksanakan semula bermula 6 hingga 17 Mei ini yang membabitkan enam daerah dalam Selangor termasuk Petaling, maka Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya akan mengambil tindakan kekalkan lokasi SJR sedia ada.

“Lokasi SJR adalah di Plaza Tol Sungai Buloh, Plaza Tol Kota Damansara, Plaza Tol Damansara dan Plaza Tol Subang.

“Pelaksanaan ini sejajar arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu melarang aktiviti rentas daerah atau negeri di kawasan yang dilaksanakan PKP,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar terus patuh SOP PKP supaya jaringan wabak Covid-19 dapat diputuskan.

“IPD Petaling Jaya mengharapkan kerjasama erat semua lapisan masyarakat agar sentiasa mematuhi SOP supaya penularan wabak ini dapat segera diputuskan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here