KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) mengarahkan semua sekolah di Kuala Lumpur dan Putrajaya ditutup pada 6 dan 7 Mei.
Menurut KPM, keputusan ini dibuat selepas semua sekolah di Selangor ditutup dan KPM mahu mengurangkan pergerakan dalam komuniti dan antara negeri.
“Dalam tempoh penutupan tersebut, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan mengikut kesesuaian guru dan murid,” kata KPM dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, bagi pergerakan pulang murid asrama sempena cuti hari raya Aidilfitri, pihak sekolah perlu mengekalkan jadual yang telah ditetapkan.
“Ini untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan murid dan ibu bapa atau penjaga,” katanya. – Malaysiapost

