PKP di Kuala Lumpur bermula Jumaat ini

0
1
kuala lumpur


PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Kuala Lumpur bermula Jumaat ini susulan peningkatan jangkitan harian Covid-19.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan serta cadangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


“Justeru, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKP di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula 7 Mei sehingga 20 Mei 2021,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Ismail Sabri berkata, sejak 1 hingga 27 April, KKM mengesahkan 17 kluster baharu telah direkodkan di Wilayah Persekutuan dengan jumlah kes harian yang semakin meningkat.
Beliau berkata, SOP bagi PKP di Kuala lumpur adalah sama seperti yang telah diumumkan sebelum ini.


“Berikut merupakan antara SOP yang telah ditetapkan. Dengan itu, pergerakan merentas negeri adalah tidak dibenarkan, kecuali atas urusan kerja dan kecemasan,” katanya.


Ismail Sabri memaklumkan operasi premis makanan seperti restoran, food truck, penjaja dan kios dibenarkan bermula dari jam 6 pagi sehingga 12 tengah malam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.


Namun makan di kedai tidak dibenarkan sebaliknya hanya dibenarkan dibungkus.


“Kedai runcit, serbaneka dan keperluan harian serta farmasi juga dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 10 malam begitu juga dengan stesen minyak. Bagaimanapun stesen minyak di lebuhraya dibenarkan beroperasi 24 jam.


“Selain itu, hospital, klinik dan makmal perubatan boleh beroperasi seperti biasa,” katanya.


Beliau turut menjelaskan operasi pasar harian, pasar tani, pasar awam dan pasar minggu dibenarkan dari jam 6 pagi hingga 2 petang.


“Operasi bazar Ramadan juga masih dibenarkan beroperasi di kawasan PKP dan mengikut tatacara operasi piawai ketat.


“Bagaimanapun, keputusan meneruskan atau menutup operasi bazar tertakluk di bawah kuasa kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here