Laluan tikus punca usaha kekang Covid-19 sukar

0
1

USAHA mengekang penularan Covid-19 di daerah Besut, Terengganu berdepan kesukaran kerana wujud laluan tikus.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman,  berkata disebabkan laluan tikus yang banyak di antara sempadan Besut dan Kelantan, menyukarkan lagi pengawalan penularan wabak tersebut.

Katanya, walaupun pihak berkuasa telah menutup 16 laluan tikus sebelum ini, namun wujud kembali 20 laluan baru secara haram.

“Demi untuk mengawal penularan wabak, kita tak ada justifikasi dan hujah  yang kuat lagi untuk pertahankan agar tak diadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Besut. 

“Kemungkinan kita perlu bersabar untuk tempoh dari 7 Mei hingga 21 Mei ini menghadapi PKP sekali lagi.

“Tunggu pengumuman rasmi. Berkaitan ibadat, insya-Allah kita tetap boleh solat terawih dan solat Raya,” katanya menerusi Facebook.

Sementara itu, beliau memaklumkan berlaku peningkatan kes Covid-19 di daerah itu dengan tujuh kematian dan empat pesakit masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat ini.

“Mereka dalam keadaan kritikal. Kes telah merebak hampir kesemua mukim di Besut termasuk kes-kes aktif iaitu tiga bazar Ramadan terlibat, sebuah bank dan beberapa fasiliti kesihatan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here