Lawatan penghuni penjara dibenarkan mulai 15 Mei

0
1

JABATAN Penjara Malaysia membenarkan sesi lawatan perjumpaan sempena Aidilfitri kepada keluarga penghuni di institusi penjara seluruh negara, selama lima hari bermula 15 Mei ini.

Bagaimanapun, menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Penjara Malaysia kebenaran perjumpaan waris keluarga dengan penghuni penjara tertakluk kepada beberapa syarat seperti berikut:

1. Seorang penghuni hanya dibenarkan untuk menerima sekali sahaja lawatan daripada keluarga.

 2. Lawatan perjumpaan hanya dibenarkan kepada pelawat yang membuat temujanji sahaja. Tempahan boleh dibuat bermula hari ini sehingga 10 Mei 2021. Terdapat tiga kaedah tempahan iaitu: 

i. Sistem i-Visit di laman web: www.prison.gov.my                                  

ii. Panggilan telefon di institusi berkenaan

iii.  E-mel atau surat ke institusi berkenaan.

 3. Pihak institusi akan menetapkan tarikh dan sesi perjumpaan selepas  tempahan dibuat. 

4. Masa perjumpaan maksimum selama 30 minit yang juga bergantung kepada  situasi institusi penjara berkaitan.

 5. Hanya 2 orang pelawat sahaja dibenarkan dalam kalangan keluarga yang  telah ditetapkan oleh pihak penjara. 

6. Pelawat berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan melakukan  perjumpaan. 

7. Warga emas berumur 60 tahun ke atas tidak digalakkan dan sebarang risiko  adalah tanggungan sendiri. 

8. Pelawat dikehendaki mematuhi SOP yang telah ditetapkan semasa  perjumpaan. 

9. Kebenaran perjumpaan tidak terpakai kepada penjara atau penjara yang  berada dalam zon/ daerah yang dikenakan PKP atau PKPD. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here