Kesabaran ada batasan – Lan Pet Pet

0
1
{"uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1620090699471","source":"other","origin":"unknown"}

“SAYA juga manusia biasa, kesabaran ada batasan. Takkan saya mahu membiarkan sahaja apabila diserang,” luah pelawak Lan Let Pet Pet. 

Pemilik nama sebenar Mazlan Ahmad, 52, meluahkan demikian susulan rakaman video beliau kelihatan memukul seorang penghantar makanan di tepi jalan, tular di media sosial sejak kelmarin. 

Memetik laporan Berita Harian, anggota kumpulan Senario itu mendakwa ketika kejadian dia memandu kereta di Jalan Ampang sebelum ternampak penghantar makanan menunggang motosikal menggunakan telefon bimbit di tengah jalan. 

Memikirkan perbuatan pemuda terbabit mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada dirinya sendiri, malah pengguna jalan raya yang lain, 

Lan berkata, kerana memikirkan perbuatan itu berbahaya, dia menghampiri individu terbabit dan menegur pemuda berkenaan. 

“Tindakannya amat berbahaya. Bukan sahaja boleh mengancam nyawanya, malah pengguna jalan raya lain namun saya kena maki dan menerima provokasi. 

“Tindakan saya untuk mempertahankan diri, bukan tunjuk samseng. Bagaimanapun, kami hanya bergaduh dalam beberapa saat sahaja,” katanya. 

Terdahulu, klip berdurasi 24 saat itu turut terdapat suara yang menyebut nama ‘Lan Pet Pet’ yang dikatakan berang sehingga berlaku insiden tersebut.  

Dalam masa sama, pelawak itu ditenangkan oleh tiga lagi individu daripada terus memukul lelaki penghantar makanan itu.  

Malah, lebih mengejutkan apabila pelawak itu menjerkah lelaki penghantar makanan tersebut dengan kata-kata berbaur amaran, ‘hang duduk Tropicana nak tunjuk samseng kat aku. Hang tau dak aku sapa?’  

Mengulas lanjut, Lan menjelaskan dia telah membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan, serta laporan polis terhadap seorang wanita dalam kereta dipercayai merakam dan menyebarkan video berkenaan. 

“Saya kesal dengan tindakan wanita ini, dia hanya lihat kejadian depan mata tanpa mengetahui punca sebenar. Saya diberitahu wanita ini mula menyebarkan video menerusi aplikasi WhatsApp hingga tular. 

“Dia tidak sepatutnya membuka aib orang sesuka hati. Tindakannya menyebarkan video ini boleh menimbulkan fitnah,” katanya. 

Dia juga memaklumkan akan bersemuka dengan penghantar makanan itu di balai polis hari ini untuk menyelesaikan isu berkenaan. 

“Saya tak mahu biarkan insiden ini terus membelenggu hidup secara berpanjangan. Lagipun, elok kami leraikan kekusutan yang berlaku, Aidilfitri pun tidak lama,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here