Apa ‘moral standing’ Bersatu untuk memerintah?

0
1
PERAK TENGAH 16 JANUARI 2018. Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengadakan sidang media selepas program Jelajah Komuniti Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar. NSTP/MUHAIZAN YAHYA

AHLI Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan kepada Bersatu adakah parti itu ada ‘moral standing’ untuk memerintah dan terus menjadi kerajaan.

Persoalan itu dilontarkan Mohd Puad susulan kenyataan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak ada ‘moral standing‘ untuk menegur kerajaan hari ini.

“Kalau begitu, apakah PPBM (Bersatu) ada “moral standing” untuk memerintah dan terus jadi kerajaan?

“Terbaru ialah pendedahan (bekas Ketua Polis Negara) Tan Sri Hamid Bador. Dia tuduh menteri dari PPBM melakukan banyak campur tangan politik dalam urusan PDRM.

“Bahkan Hamid mendedahkan isu katak dalam PPBM. Dia dakwa isu katak babitkan soal rasuah. Hamid yakin, sebab itu dia minta SPRM siasat,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Mohd Puad bertanya lagi apa lagi ‘moral standing’ Bersatu untuk terus menjadi kerajaan apabila majoriti jadi tanda tanya.

“Kalau ada moral buat segera sidang Parlimen. Biar Parlimen tentukan majoriti sebenar kerajaan pimpinan PPBM.

“Ini belum lagi menyebut kegagalan Kerajaan PN dalam memerangi Covid-19, memulihkan ekonomi dan mengatasi masalah rakyat yang kehilangan pekerjaan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata apakah Najib tidak ada moral standing untuk menegur kerajaan hari ini yang gagal tarik pelabur asing dan kehabisan duit kerana tidak meneruskan cukai barang dan perkhidmatan (GST)?

Apatah lagi katanya, kerajaan PN terus meningkatkan hutang negara, menjual aset dan mengambil duit Kumpulan Amanah Wang Negara (KWAN).

“Sebab itu Umno tarik diri daripada Kerajaan PN,” katanya.

Baru-baru ini, Wan Saiful dilaporkan berkata Najib tidak memiliki ‘moral standing‘ untuk memberi pandangan terhadap apa yang perlu dilakukan kerajaan pada ketika ini.

Menurutnya, tindakan Najib ketika ini adalah menjengkelkan dan membuatkan rakyat tertanya-tanya mengapa beliau tidak melakukan semua itu ketika masih berkuasa. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here