Yusuf Azmi akui kekhilafan tampar warga asing

0
1

AKTIVIS Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (Semboyan), Yusuf Azmi, mengaku salah atas kekhilafannya berhubung tindakan menampar seorang warga Bangladesh sehingga video kejadian tular, semalam.

Yusuf berkata, beliau sepatutnya membuat laporan polis tetapi menangguhkan niat itu atas dasar belas kasihan disebabkan mereka seorang muslim.

“Sebenarnya saya patut membuat laporan polis. Tetapi disebabkan kasihan kerana mereka semua tidak mempunyai permit serta dokumen lengkap.

“Sebagai orang Islam kita ada rasa ihsan, kita lihat (mereka) saudara kita walaupun dia buat salah,” katanya.

Yusuf berkata, individu berkenaan juga sudah memohon maaf kerana mengambil duit daripada orang ramai dengan melibatkan nama Semboyan dan pihak lain.

“Setelah dia membuat pengakuan, saya pun lepaskan dan tidak membuat laporan kerana kasihan. Kalau dia ditangkap, dibawa ke depoh dikenakan hukuman dan sebagainya, jadi kita kasihan,” katanya menerusi siaran langsung di Facebook miliknya, semalam.

Bagaimanapun, Azmi berkata, perkara itu sudah diselesai namun ia berlarutan selepas seorang anggota polis membuat laporan terhadap dirinya dan ‘Abang Ali’.

Katanya, beliau akan memberi kerjasama kepada polis serta sedar siasatan perlu dijalankan kerana kejadian berkenaan sudah pun tular.

“Benda-benda itu berlaku kerana kita terkhilaf. Kadang-kadang kesabaran itu ada batasnya. Saya risau kalau nama persatuan Semboyan rosak. Sudahlah kita bekerja membanteras scammer ini, tiba-tiba nanti kita dituduh scammer.

“Sebab itu saya marah dengan apa yang berlaku. Tapi kalau itu dikatakan perbuatan yang salah, saya akui saya memang salah. Apa nak buat, kita pergi bagi rakaman percakapan,” katanya.

Sementara itu, Yusuf berkata, kejadian itu sudah diselesaikan dengan budi bicara serta pelaku berkenaan sudah memohon maaf.

“InsyaAllah kita tidak lari dari undang-undang, sebab kita juga orang undang-undang. Gerakan kita, Semboyan di seluruh Malaysia juga terlibat dengan undang-undang.

“Seluruh rakyat Malaysia, teruskan menyokong dan mendoakan yang baik,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/05/04/video-pukul-polis-tahan-6-lelaki-termasuk-yusuf-azmi/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here