Ibu kena kecam papar video suap anak dengan vape

0
1

Nurul Huda Abhar

TINDAKAN seorang ibu merakam aksi anaknya yang sedang disuap rokok elektronik atau vape, mencetus kemarahan netizen di media sosial.

https://twitter.com/jijoaul1/status/1389391502686625798?s=20

Video berdurasi 12 saat yang tular di media sosial itu menunjukkan bayi lingkungan dua tahun sedang menghisap vape yang dihulurkan kepadanya.

Klip tersebut turut mendapat perhatian Facebook Public Health Malaysia, yang berkata vape mempunyai kandungan nikotin yang boleh menyebabkan ketagihan, dan amat merbahaya bagi kanak-kanak.

“Sayu hati melihat kanak kanak tidak berdosa diperlakukan sebegini demi untuk ‘content’ di media sosial.

“Vape bukan sekadar wap air ya, ia mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan. Paras nikotin dalam cecair vape sangat tinggi untuk tubuh kecil kanak kanak dan boleh menyebabkan jantung berhenti bergerak,” tulis hantaran itu, hari ini.

Sementara itu, ibu kepada kanak-kanak menerusi entri di Insta Story berkata, orang ramai tidak perlu mengambil tahu tentang anaknya.

“Kelam kabut masing-masing ya. Suka hati akulah nak post apa. Kalau rasa semak, jangan follow aku. Tak follow pun sebuk komen-komen dekat gambar aku. Anak aku, suka hati aku. Aku yang jaga dia, bodoh!” tulisnya.

Rata-rata netizen mengecam hebat tindakan wanita tersebut yang sanggup mempertaruh nyawa anaknya hanya kerana ingin mendapat lebih tontonan di media sosial.

Terdapat juga komen yang memohon wanita tersebut diambil tindakan atas kesalahan memaparkan kandungan tidak sihat dalam komuniti. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here