6 daerah di Selangor dikenakan PKP

0
1

ENAM daripada sembilan daerah di Selangor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Khamis ini hingga 17 Mei berikutan peningkatan kes Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan Selangor melalui Menteri Besarnya serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor telah membentangkan cadangan kepada MKN untuk melaksanakan PKP di Selangor.

Menurutnya, selepas merujuk kepada laporan daripada sistem amaran awal iaitu ‘Hotspot Identification for Dynamic Engagement’ atau HIDE dan juga nasihat serta pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) , maka Sidang Khas MKN bersetuju untuk melaksanakan PKP ke atas enam daripada sembilan daerah di Selangor

“Daerah-daerah itu adalah Hulu Selangor, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

“PKP di daerah yang terlibat akan bermula pada Khamis ini hingga 17 Mei depan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata, manakala tiga daerah lagi yang tidak terlibat iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Ulu Selangor pula akan kekal berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here