Lan Pet Pet buat laporan polis kes gaduh

0
1

POLIS mengesahkan menerima laporan polis daripada Pelawak, Lan Pet Pet berhubung insiden pergaduhan dengan penghantar makanan di hadapan Kedutaan Rusia, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata pihaknya menerima laporan daripada Mazlan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet.

“Kejadian ini berlaku pada 1 Mei kira-kira jam 6.30 petang dan telah tular di media sosial dalam rakaman 23 saat.

“Berdasarkan rakaman video itu, pergaduhan artis itu dengan seorang penghantar makanan dikatakan tercetus akibat selisih faham di jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, setakat ini, pihak penunggang motosikal terbabit masih belum tampil membuat laporan.

Justeru, Ashari meminta individu itu memberi kerjasama dengan tampil membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan.

“Selain itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menyalurkannya ke Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di talian 03-9289 9222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial, rakaman video berdurasi 23 saat itu memaparkan seorang lelaki mirip pelakon tersebut dilihat merangkul dan memukul seorang lelaki lain di atas jalan raya. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/05/04/betul-ke-lan-pet-pet-pukul-lelaki-penghantar-makanan/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here