Covid-19 kini lebih kritikal banding sebelum darurat – Najib

0
1
Pix via Malaysiapost

KEADAAN Covid-19 di Malaysia kini jauh lebih kritikal berbanding empat bulan lalu daripada pelbagai aspek, kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mendakwa, antara paling kritikal adalah jumlah kematian baharu yang meningkat sehingga 350 peratus.

“Dari hampir segala aspek, keadaan Covid-19 di Malaysia hari ini sebenarnya jauh lebih kritikal berbanding pada masa darurat diumumkan hampir empat bulan dahulu.

“Kematian baharu naik 350 peratus ke-18 dari empat mangsa dengan jumlah kematian dalam tempoh tujuh hari lepas naik 89 peratus dari 54 mangsa ke-102 mangsa.

“Bilangan pesakit dalam ICU pula naik 88 peratus hingga 352 pesakit berbanding 187 pesakit dengan bilangan pesakit memerlukan bantuan pernafasan naik 114 peratus ke-175 berbanding 87 pesakit,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurutnya, dari segi bilangan kluster baharu dikesan dalam tempoh tujuh hari lalu juga naik sebanyak 51 peratus iaitu 86 kluster berbanding 57 kluster sebelum ini.

Katanya, bilangan kluster aktif hari ini adalah 398 iaitu 54 peratus lebih tinggi berbanding 258 masa darurat diumum.

“Tidak boleh dinafikan oleh sesiapa bahawa darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 sudah gagal,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here