Pelan antirasuah Jakim dilancarkan

0
1

PELAN Antirasuah Organisasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 2021-2025 dilancarkan hari ini dalam usaha membanteras kegiatan jenayah rasuah.

Pelancaran pelan itu disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Kompleks Islam Putrajaya.

Zulkifli berkata, selaku Menteri Hal Ehwal Agama, menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan setiap agensi di bawahnya melaksanakan inisiatif pelan antirasuah sebagaimana ditetapkan.

“Menariknya Pelan Antirasuah Organisasi (OCAP) JAKIM 2021-2025 ini adalah pengaplikasian pendekatan Maqasid Syariah sebagai langkah dalam mempertingkatkan governans dan integriti.

“Ia berperanan dalam pelaksanaan analisis persekitaran dan penilaian risiko rasuah, seterusnya ke arah perangkaan pelan tindakan pencegahan rasuah dalam tadbir urus,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Turut hadir menyaksikan pelancaran pelan itu adalah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki.

Menurut Zulkifli, pemilihan beliau

sebagai Ikon Integriti dan Antirasuah Negara 2019 oleh SPRM semasa masih menjawat jawatan Mufti adalah satu amanah yang akan diunjung hingga ke akhir hayat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here