Syed Saddiq selesai daftar vaksin AstraZeneca

0
1

Nurul Huda Abhar

PENGASAS parti MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan berjaya membuat permohonan bagi mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca, yang dibuka pada jam 12 tengah hari tadi.

Perkara tersebut dimaklumkan dalam ciapan di laman Twitter @SyedSaddiq, 45 minit selepas permohonan bagi vaksin tersebut dibuka untuk warga Selangor dan Kuala Lumpur yang berumur 18 dan ke atas.

“Alhamdulillah berjaya daftar. Semoga semua urusan vaksinasi dipermudahkan,” ciapnya.

Ahli Parlimen Muar itu turut memuat naik tangkap layar notifikasi pengesahan yang diterima selepas selesai membuat permohonan vaksin AstraZeneca.

Menerusi tangkap layar itu tertera ditulis “Butiran temujanji akan diberikan dalam tempoh 48 jam melalui MySejahtera atau SMS setelah kami mengesahkan anda menetap di Kuala Lumpur dan Selangor.

Terdahulu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi ciapan di Twitter memberitahu kira-kira 160,000 permohonan janji temu untuk mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca, direkodkan dalam tempoh dua jam selepas pendaftaran dibuka

Menurutnya, berkata sebanyak 100,000 slot janji temu membabitkan empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khas, masih dibuka untuk permohonan individu yang ingin mendapatkan suntikan vaksin keluaran United Kingdom (UK) itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here