Semoga urusan-rakan di luar sana dipermudahkan – MB Perak

0
3

“Alhamdulillah,” kata Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad selepas beliau disahkan negatif Covid-19.

Bagaimanapun, Saarani berkata beliau akan meneruskan proses kuarantin di rumah sehingga 3 Mei seperti disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Semoga rakan-rakan kita di luar sana yang sedang hebat diuji dengan dugaan Covid-19 akan turut dipermudahkan segala urusan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya lewat malam tadi.

Terdahulu, Pejabat Menteri Besar Perak mengesahkan Saarani negatif Covid-19 selepas menerima keputusan ujian saringan pengesanan virus tersebut semalam.

Keputusan itu dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah Kinta pada jam 4.30 petang.

Saarani menjalani proses kuarantin selama 11 hari setelah dikesan sebagai kontak rapat kepada individu yang disahkan positif Covid-19.

Beliau menjadi antara kontak rapat dengan individu berkenaan ketika hadir satu program di Lenggong, pada 23 April lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here