JOHOR Darul Ta’zim (JDT) kempunan buat kali kedua berturut-turut untuk memungut mata penuh apabila dikerah seri 1-1 dengan Kuala Lumpur (KL) City FC.
Juara tujuh kali Liga Super berturut-turut itu dikejutkan gol pembukaan oleh tuan rumah menerusi Romel Morales pada masa kecederaan babak pertama.
Namun, JDT bingkas menyamakan kedudukan selang 10 minit babak kedua bermula menerusi tandukan Hariss Harun.
Kegagalan menjinakkan KL City ini menyebabkan kedudukan JDT di persada liga dicabar sengit oleh Kedah Darul Aman (KDA) FC dengan kelebihan satu mata.
Sementara itu, KDA FC membuktikan mereka masih calon utama pasukan yang mencabar kejuaraan Liga Super musim ini susulan berjaya membenam Melaka United 3-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Hang Jebat. – Malaysiapost

