SEBANYAK 22 bazar Ramadan di seluruh negara diarah tutup berkuatkuasa esok bagi membendung penularan Covid-19.

Arahan itu dikeluarkan Kementerian perumahan dan kerajaan tempatan (KPKT) menerusi satu surat edaran ditandatangani Ketua Setiausahanya, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan bertarikh hari ini.
Menerusi surat kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) serta kerajaan negeri yang terbabit, semua bazar tersebut didapati menjadi kawasan penularan virus berdasarkan analisis pengesanan kontak melalui aplikasi MysSejahtera.

Ia turut menyatakan keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Selasa lalu.
Bazar yang terlibat ialah:
Johor
- Belatuk Taman Scientex
- Kg Pasir, Jalan Mata Kuching
- @Mart Kempas
- Lok Heng
Kedah
- Taman Selasih
- Baling 2021
- Kupang 2021
Pahang
- Lurah Semantan
- Temerloh Jaya
Perak
- Bazar Nenas Kg Selabak
Pulau Pinang
- MPKK Jalan Tenggiri
- Attakwa Taman Bertam Indah
- Bazar Ramadan
- Kampung Melayu
- Masjid Daerah Barat Daya
- Jalan Berangan Bukit Bintang 2021
- Bukit Gedung
- Taman Tun Sardon
Selangor
- Pusat Sementara Penjaja/Puncak Jalil
- Stesen LRT Cempaka
Kuala Lumpur
- Taman Setiawangsa
- Jalan Raja Alang

