PM mahu pihak berkuasa ambil tindakan guna budi bicara, perikemanusiaan

0
1

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan agensi penguat kuasa yang menjalankan kawalan dan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah Covid-19 supaya menggunakan pendekatan lebih berhemah.

Beliau berkata, ketegasan penting untuk memastikan peraturan dipatuhi tetapi dalam masa sama perlu ada budi bicara dan perikemanusiaan terhadap tindakan bakal dikenakan.

“Perlu ada budi bicara dan perikemanusiaan dalam tindakan yang diambil menurut ruang lingkup undang-undang supaya usaha kita untuk mendidik masyarakat atau komuniti akan lebih diterima.

“Hal ini sangat penting, terutamanya dalam situasi pandemik Covid-19 yang memberi kesan sangat besar kepada kehidupan rakyat. Ada (rakyat) yang berikhtiar menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk menampung perbelanjaan seperti menjual burger, makanan ringan, minuman ataupun hasil tanaman masing-masing.

“Mereka ini bukanlah pemilik syarikat atau pertubuhan perniagaan yang besar tetapi hanya pemegang lesen untuk berniaga sendiri secara kecil-kecilan,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pertandingan Komuniti Zon Hijau Covid-19, hari ini.

Muhyiddin turut berharap kerjasama dan persefahaman yang baik antara masyarakat serta pihak penguat kuasa akan mampu memperkasakan lagi komuniti untuk bersama-sama menjayakan usaha membendung penularan jangkitan virus Covid-19.

“Saya yakin jika sikap saling mengingatkan ini diamalkan, maka amalan norma baharu dalam kehidupan dapat dibudayakan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here