Bubur lambuk istimewa Sultan Ibrahim untuk pesakit kanser, rakyat

0
1

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan meluangkan masa memasak bubur lambuk, di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim, memaklumkan baginda meluangkan masa hampir sejam memasak bubur lambuk bersama kakitangan Istana.

“Masakan bubur lambuk pada kali ini turut menampilkan sedikit kelainan apabila Baginda Tuanku Sultan menggunakan kayu pengacau ‘khas’ bagi menyediakan juadah berkenaan.

“Pengacau berkenaan yang diperbuat daripada kayu giam dan turut dilengkapi hiasan ‘epoxy resin’ khas logo Sultan Ibrahim tahun 2021 dibuat oleh tukang kayu peribadi Baginda di Mersing.

“Bubur lambuk yang dimasak hari ini akan disampaikan kepada rakyat dan juga pesakit kanser menerusi Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor,” titah Sultan Johor kepada Royal Press Office (RPO), hari ini.

Hari ini, sebanyak 200 paket bubur lambuk dari Istana Johor akan disampaikan kepada pesakit-pesakit kanser di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI).

Manakala, 1,100 paket akan disampaikan kepada rakyat di daerah Kluang. – Malaysiapost

Foto Kredit: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here