Sokongan meningkat, bukti PN diterima rakyat majmuk

0
1
Ir Khairil Nizam Khirudin

SOKONGAN terhadap Perikatan Nasional (PN) yang meningkat di kalangan orang Melayu dan bukan Melayu bukti rakyat menerima dengan kepimpinan Perdana Menteri, Tan SriMuhyiddin Yassin.

Ketua Pemudanya, Khairil Nizam Khirudin, berkata perkara itu terbukti menerusi tinjauan badan penyelidik bebas, Merdeka Center yang mendapati 67% pengundi berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri.

“Pemuda PN mengucapkan syabas dan tahniah kepada pimpinan Kerajaan Perikatan Nasional di atas kejayaan mengemudi negara seterusnya menampilkan keabsahan dan kestabilan negara.

“Justeru, peningkatan sokongan dilihat meningkat bukan sahaja di kalangan orang Melayu tetapi juga dokongan bukan Melayu meningkat secara relatif sebagai bukti mereka yakin dengan citra Perikatan Nasional yang mewakili rakyat yang majmuk pelbagai kaum.” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Khairil Nizam berkata, dapatan itu terhasil daripada sokongan orang Melayu yang tinggi sekitar 83% selain sokongan bukan Melayu yang meningkat dari masa ke masa.

“Hasil kajian ini dilihat mampu menjadi ukuran semasa untuk mengetahui sentimen rakyat kepada Kerajaan Perikatan Nasional.

“Tinjauan terhadap pengundi di beberapa kawasan mendapati ramai yang menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin berbanding pemimpin lain bagi menggalas tugas sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata, peningkatan sokongan kepada kerajaan adalah disebabkan kejayaan mendepani wabak Covid-19 dengan mengimbangi keperluan menyelamatkan nyawa rakyat di samping memastikan kelestarian ekonomi berjalan lancar.

“Pemuda Perikatan Nasional yakin dan komited untuk terus bekerja bagi memperkukuhkan keyakinan rakyat khususnya di kalangan generasi muda untuk terus bersama-sama PerikatanNasional melakar masa depan Malaysia yang lebih gemilang,” katanya.

Baru-baru ini, kajian Merdeka Center mendapati 67 peratus rakyat di Semenanjung menyokong kepimpinan Muhyiddin sebagai perdana menteri dan menyifatkan penilaian itu sebagai stabil.

Merdeka Center melaporkan tahap sokongan terhadap Muhyiddin yang dicatatkan adalah 74 peratus antara Jun dan Julai tahun lalu. Tahap terendah dicatatkan pula adalah 63 peratus pada Januari lalu.

Sebilangan besar responden Melayu (83 peratus) menyokong Muhyiddin, berbanding 30 peratus responden Cina dan 66 peratus responden India.

Tinjauan Merdeka Center itu dilakukan antara 31 Mac dan 12 April lalu dengan melibatkan 2,111 responden yang terdiri daripada 64 peratus Melayu, Cina (28 peratus) dan India lapan peratus. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/04/23/rakyat-sayang-muhyiddin-wan-saiful/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here