Pelakon Farisya Irwayu discaj dari Maeps

0
1

PELAKON, Farisha Irwayu, 52, yang disahkan positif Covid-19 minggu lalu dibenarkan discaj dari Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS, Serdang, hari ini.

Berita tersebut dimaklumkan suaminya Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar, menerusi hantaran di laman Facebooknya.

“Alhamdulillah, semalam isteri ambo (saya) @farishairwayu.my menelefon ambo bahawa hari ini beliau akan discharge dari Pusat Kuarantin MAEPS Serdang hari ini.

“Cuma terdapat batuk-batuk biasa sahaja menurut doktor. InsyaAllah rumah akan dilakukan sanitasi pada jam 11.00 pagi,” tulisnya.

Tuan Asmawi yang juga Penasihat agama dan Media, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut disahkan positif Covid-19 dan kini sedang menjalani tempoh kuarantin.

“Cuma ambo seorang saja lagi yang masih belum tamat tempoh kuarantin yang sepatutnya pada 28 April ini. Jika tiada apa-apa aral pada 29 April dapat off-tag, insyaAllah.

“Terima kasih sebesar-besarnya atas doa dan keprihatinan buat kami semua. Semoga Allah SWT membalas jasa baik sahabat-sahabat semua,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Farisha mengalami gejala batuk dan demam yang berterusan selama seminggu sebelum disahkan positif Covid-19 pada Rabu lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here