Malaysia catat 2,733 kes baharu Covid-19

0
1
grafik

MALAYSIA merekodkan 2,733 kes baharu Covid-19 hari ini, menjadikan keseluruhan kes kini meningkat menghampiri 400,000 iaitu 398,451.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), Selangor mencatatkan kes jangkitan tertinggi iaitu 750, diikuti Kelantan (484), Sarawak (432), Kuala Lumpur (377), manakala Johor (220) dan Pulau Pinang (115).

Negeri-negeri yang mencatatkan kes di bawah 100 ialah Sabah (82), Terengganu (61), Kedah (51), Negeri Sembilan (39), Perak (38), Pahang (35), Melaka (33), Putrajaya (15) dan Perlis dengan satu kes.

KKM turut memaklumkan sebanyak 11 kluster baharu dikenalpasti hari ini, menjadikan keseluruhan kluster aktif yang dipantau kini sebanyak 367. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here