Netizen tak puas hati Neelofa, keluarga dikompaun RM60,000

0
1

TINDAKAN kompaun berjumlah RM60,000 terhadap selebriti terkenal, Neelofa dan ahli keluarganya termasuk suaminya, Haris ternyata ‘mengundang’ perasaan marah dan tidak puas hati netizen.

Sejurus berita berhubung kompaun yang dikenakan terhadap Neelofa itu tular, rata-rata netizen menyifatkannya sebagai satu tindakan pilih kasih membezakan antara ‘golongan kayangan’ dengan rakyat marhaen.

Malah, warga netizen menerusi ruangan komen sebuah portal berita membandingkan hukuman penjara dikenakan terhadap seorang instafamous dan suaminya atas kesalahan sama selain kompaun RM50,000 terhadap seorang peniaga burger kerana berniaga lebih masa.

Moh Azri Azhar berkata: “Sebulan punya siasat ni je hasil nya..jual burger 50k..instapemes denda n penjara..kenapa x bg denda n penjara skali,” tulisnya.

“Mana cukup tu… Jual burger depan rumah pon kena kompaun 50K ini kan org kayangan setakat 60K celah gigi jerr. Kasi up lerrr apa lagii paling kuat 500K,” tulis Rose Nasir.

“Abang burger kena 50 000 berniaga depan rumah demi kelangsungan hidup, lopa buat wedding kawin beratus orang hadir kena 60 000???? I’m sorry but something is definitely wrong here!!!,” tulis Timmy Tim.

“RM1,500.00 sorang utk setiap ahli keluarga Neelopa??? Wei..adik kat Matriks Perak tu pon kene RM1,500 jugak. Diorang tu dah la tak mampu nak bayar. Kenapa nilai kompaun tu boleh sama? Family Lopa mampu bayar lebih kot..Kompaun sorang 10k laaa,” tulis Fadhil Zul

“Kira la betul2.. 50k utk jual burger sorg2, 60k utk bratus org..” ujar Selection Bisnes Partner Fendy.

Terdahulu, Neelofa dan ahli keluarganya termasuk suaminya, Haris Ismail dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kompaun yang tidak dibenarkan diskaun itu selepas pihak berkuasa mendapati selebriti berkenaan melakukan dua kesalahan manakala PU Riz satu kesalahan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesalahan pertama Neelofa selaku penganjur gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan mengenai pematuhan SOP penganjuran majlis sosial apabila gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah mereka berlangsung.

Katanya, pasangan suami isteri itu juga melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subperaturan 4 (2) (d) Peraturan-Peraturan sama, memandangkan ada antara aktiviti itu berada di luar skop kebenaran diberikan polis.

Haris dikompaun RM10,000 kerana melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai polis. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here