Neelofa dikompaun RM20,000, PU Riz kena RM10,000

0
1

USAHAWAN dan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor dikompaun RM20,000 kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah yang memaklumkan selebriti itu dikompaun kerana gagal memastikan penjarakan fizikal semasa majlis akad nikahnya di sebuah hotel di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Dia juga didapati bersalah melanggar tujuan rentas negeri yang dibenarkan dan tiada diskaun ditawarkan untuk menyelesaikan kompaun tersebut.

Suami Neelofa, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz pula dikompaun RM10,000 tanpa diskaun, atas kesalahan melanggar kebenaran rentas negeri.

Selain itu 20 ahli keluarga Neelofa yang hadir dalam majlis perkahwinan itu dikompaun RM1,5000 setiap seorang kerana gagal memastikan penjarakan fizikal.

Mohamad Zainal berkata kesemua kompaun dikeluarkan hari ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM60,000.

“Justeru, pihak PDRM menasihati orang ramai supaya terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Kegagalan mematuhi perintah ini membolehkan tindakan diambil di bawah peruntukan undang undang yang masih berkuat kuasa,” katanya menerusi kenyataan hari ini. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here