Sejak bila minta buka Parlimen dilabel pelampau politik?

0
2

Meor Mohd Hilmi Meor Zainun

Merujuk kepada kenyataan dikeluarkan Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang semalam dengan menyatakan bahawa waspada pelampau politik menentang perintah darurat yang dilaksanakan kerajaan bagi menangani pandemik Covid-19.

Wira Putra mengajukan persoalan kepada Abdul Hadi, sejak bilakah rakyat yang meminta sistem demokrasi berjalan seperti amalan biasa dalam negara ini, dengan membuka kembali Dewan Parlimen bagi membolehkan ahli Parlimen bersidang dan membincang isu rakyat wajar dilabelkan sebagai “pelampau politik”?

Wira Putra melihat PAS kini tampak selesa dalam gabungan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang memerintah negara pada hari ini dan Wira Putra mengingatkan bahawa kuasa di tangan itu adalah amanah ALLAH SWT yang perlu dilaksana dan dijaga dengan sebaiknya sebagai cerminan pemimpinan yang bertaqwa.

Kerajaan hari ini yang diterajui sebahagiannya oleh PAS, telah bertindak membuat pinjaman dari Januari 2021 sehingga setakat 21 April 2021 sebanyak RM75 Billion dan angka ini terus meningkat dan tidak termasuk RM5.4 bilion pinjaman asing melalui Sukuk Hijau yang dibuat minggu lepas.

Pada masa sama kerajaan hari ni yang disertai oleh PAS juga telah menyatakan hasrat untuk menggunakan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) selain mendapat hasil dari penjualan beberapa aset negara kononnya bagi pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

Sebelum ini kerajaan yang disertai PAS yang mengusai negara juga telah membelanjakan lebih RM600 billion merangkumi pakej stimulus RM340 billion dan RM322 billion bagi belanjawan negara, ditambah pula RM20 billion lagi yang dumumkan pada 22 Mac 2021 pakej stimulus yang baru – PEMERKASA.

Perdana Menteri Tan Sri Muhiddin Yassin juga telah mengumumkan bahawa kerajaan sudah tiada dana. Hutang negara juga telah mencecah 879.6 bilion iaitu 62.2% dari nilai KDNK negara tahun 2020 dan angka peratusan ini bakal terus meningkat lagi pada tahun 2021.

Wira PUTRA menegaskan pada Presiden PAS, bahawa Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia yang baru adalah sekitar RM2,208 berbanding RM980 yang diguna pakai sejak 2005.

Ini menunjukkan bahawa jumlah isi rumah yang tergolong dalam kategri miskin telah meningkat bertambah sekitar 405,441 isi rumah berbanding 16,653 orang jika digunakan angka nilai sebelum ini.

Wira PUTRA menegaskan bahawa keadaan ekonomi dan taraf hidup rakyat di mana bilangan isi rumah yang telah jatuh menjadi miskin telah meninggkat dengan begitu mendadak.

Ya, Covid-19 memang boleh membawa maut, namun pada masa sama bilangan rakyat yang bakal “maut” akibat taraf hidup rakyat semakin mendesak dan menghimpit.

Justeru dengan itu Wira PUTRA mendesak sekerasnya supaya sidang Dewan Rakyat diadakan segera bagi ahli-ahli Dewan Rakyat yang terdiri daripada pihak kerajaan serta pembangkang membincangkan isu rakyat dan negara agar ekonomi rakyat dan negara menjadi lebih baik.

Yang di-Pertuan Agong juga telah menyatakan pada 2 Februari 2021 yang lepas bahawa sidang Dewan Rakyat boleh bersidang dalam tempoh darurat pada tarikh yang sesuai oleh baginda.

Apakah agenda peribadi lebih penting melebihi dari agenda kesejahteraan negara yang menyebabkan sidang Dewan Rakyat tidak boleh diadakan?

Nada nyaring dan keras PAS sewaktu pembangkang seakan menjadi bisu malah semakin sepi setelah menjadi sebahagian dari kerajaan yang memerintah negara, apabila islam dan kalimah ALLAH dihina, tiada tindakan.

Pembelaan terhadap Allahyarham Arwah Mohd Adib serta keluarga beliau masih belum nampak sebarang tindakan atau sebarang pendakwaan dilakukan bagi membela kematian seorang penjawat awam yang berkhidmat untuk negara, jika dulu PAS mengeluh “buah” sudah di tangan namun tidak ada “pisau” untuk memotong, kini Pisau sudah di tangan, buah juga didepan mata, Jadi apa masalahnya lagi? Ingat, kuasa di tangan itu adalah amanah ALLAH.

Penulis ialah Ketua Penerangan Pergerakan Wira PUTRA Malaysia
(Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Malaysiapost)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here