KES jangkitan harian Covid-19 di Malaysia kekal melebihi 2,000 apabila mencacatkan 2,776 kes baharu hari ini.
Jumlah baharu itu menjadikan keseluruhan kes dalam negara kini terus meningkat kepada 395,718 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 762, diikuti Sarawak (615), Kelantan (343), Johor (309) dan Kuala Lumpur (254).
Beliau berkata, Pulau Pinang pula mencatatkan 123 kes, Negeri Sembilan (112), Sabah (88), Perak (45), Kedah (39), Melaka dan Pahang masing-masing 34 kes, Terengganu (9), Putrajaya (7) dan labuan (2). – Malaysiapost

