Penjawat awam Perak dapat RM1,000

0
2

PENJAWAT awam negeri Perak akan menerima bantuan khas sempena Aidilfitri sebanyak RM1,000.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad yang memaklumkan bantuan khas itu akan dibayar kira-kira seminggu selepas perayaan Aidilfitri.

Katanya, pembayaran itu dibuat pada 20 Mei selepas mengambil kira gaji bagi April yang dibayar pada 21 April lalu, manakala gaji pada Mei ditetapkan pada 6 Mei.

“Perkara ini saya sudah umumkan sewaktu majlis berbuka puasa bersama kakitangan kerajaan negeri pada Jumaat lalu, yang mana mereka boleh menggunakan dahulu wang gaji untuk membeli persiapan Aidilfitri sementara menunggu bantuan dikreditkan.

“Kalau kita bagi juga sebelum raya, …habis kerajaan negeri. Jadi kita setuju untuk luluskan (bantuan) yang akan dibayar secara sekali bayar pada 20 Mei nanti,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Beliau berkata demikian kepada media pada program gotong-royong memasak dan agihan bubur lambuk anjuran Gabungan Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) di Ipoh hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here