Tahanan merusuh tidak dibenarkan pulang sambut Aidilfitri

0
2

SEKUMPULAN tahanan dilaporkan merusuh di Depoh Tahanan Imigresen (DTI), Manggatal hari ini dipercayai ekoran tidak dibenarkan pulang untuk menyambut Aidilfitri.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, bagaimanapun situasi tersebut berjaya dikawal selepas pasukan Unit Tempur Ringan (LSF), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu Yang dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Keadaan terkawal dan tiada tahanan yang meloloskan diri dari DTI berkenaan.

“Kita cuma dimaklumkan terdapat beberapa kerosakan dalam kejadian berkenaan yang hanya membabitkan sebuah blok,” katanya.

Hazani berkata, siasatan awal dipercayai berpunca apabila ada tahanan yang tidak berpuas hati kerana tidak dibenarkan pulang menjelang perayaan Aidilfitri.

“Sebab pertama tahanan bertindak sedemikian disebabkan mereka tidak dapat balik hari raya.

“Kalau ingat pada 2015 lalu, dua hari sebelum hari raya, mereka merusuh juga sebab nak balik raya.

“Masalah sekarang ini penghantaran balik juga sedikit terganggu disebabkan pandemik Covid-19,” katanya lagi.

Dalam kejadian itu, tiada sebarang kecederaan dilaporkan. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here