Malaysia berdukacita tragedi KRI Nanggala 402 – PM

0
1

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menzahirkan rasa sedih atas tragedi yang menimpa kapal selam KRI Nanggala 402 di Indonesia.

Beliau berkata, Malaysia sedia untuk menghulurkan bantuan kepada jirannya itu sekiranya diperlukan.

“Saya mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada Presiden Joko Widodo kerajaan dan rakyat di Republik Indonesia susulan tragedi yang menimpa menimpa kapal selam KRI Nanggala 402 pada 22 April 2021.

“Kami turut berdukacita atas tragedi yang mengejutkan dan amat menyayat hati ini.

“Malaysia sentiasa bersedia untuk terus menghulurkan bantuan wajah yang diperlukan kepada Republik Indonesia dalam menghadapi waktu genting ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, kapal selam KRI Nanggala 402 dilaporkan terputus hubungan pada 4.25 pagi Rabu lepas ketika dalam misi latihan penembakan torpedo di utara perairan Bali.

Kapal selam yang membawa seramai 53 kru itu dipercayai mengalami keretakan dan tenggelam sedalam 850 meter di dasar laut.

Perkara itu dilaporkan Tentera National Indonesia (TNI) apabila anggota misi pencarian menemui tumpahan minyak dan serpihan kepingan serta barang-barang peribadi seperti sejadah dari kapal selam terbabit.

Selain Muhyiddin, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut menzahikan rasa dukacita dengan insiden berkenaan.

Baginda amat berdukacita dan menzahirkan ucapan takziah kepada Jokowi. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here