Umno minta nasihat ROS dan MKN adakan pemilihan parti

0
1

UMNO akan menghantar surat kepada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi meminta nasihat untuk mengadakan pemilihan parti itu tahun ini.

Setiausaha Agung Umno Datuk Ahmad Maslan berkata, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti yang bermesyuarat hari ini memutuskan perkara itu berikutan negara masih dilanda pandemik Covid-19 dan jangkitan harian kes semakin meningkat.

“Ini bagi memastikan proses pemilihan parti yang bakal melibatkan mesyuarat perwakilan Umno cawangan termasuk sayap Wanita, Pemuda dan Puteri berjumlah 66,287 mesyuarat di semua 191 Bahagian seluruh negara melibatkan ahli seramai 3.3 juta orang dapat diadakan dengan berkesan dan lancar, mengambil kira jumlah jangkitan Covid-19 yang meningkat,” katanya kepada media di PWTC, hari ini.

Sementara itu, Ahmad menjelaskan, mesyuarat MKT juga memutuskan mendesak dan mengesyorkan kepada kerajaan agar Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) kembali bersidang selaras dengan titah Tuanku Yang di Pertuan Agong yang menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here