Mesyuarat MKT Umno bincang pecat Annuar?

0
1

MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang berlangsung petang ini menjadi tumpuan ramai, sekali gus menghangatkan kembali suhu politik tanah air.

Difahamkan, dua agenda utama yang dibincangkan adalah berkisar pemilihan Umno 2021 dan tarikh untuk menamatkan kerjasama dengan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Memetik laporan portal Suara.TV, dijangka satu usul mengejut bakal diputuskan dalam mesyuarat berkenaan ialah pemecatan Tan Sri Annuar Musa.

Menurut sumber potal itu, terdapat ahli MKT pro Presiden dijangka akan mengusulkan pemecatan, atau sekurang-kurangnya penggantungan, untuk Menteri Wilayah Persekutuan tersebut.

Ia susulan kelantangan beliau menyerang Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan dakwaan jajaran baharu.

Bulan lalu, Setiausaha Akhbar Annuar, Tun Faisal Ismail digantung selama enam tahun kerana mengkritik kepimpinan parti yang didakwa membawa jajaran bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagi tarikh meninggalkan kerajaan PN sebahagian MKT dijangka bersetuju kekal dalam kerajaan sehingga Yang di-Pertuan Agong memperkenankan penamatan Darurat.

Manakala, bagi cadangan mengadakan pemilihan Umno selepas Pilihan Raya Umum, sebahagian besar Ahli MKT cenderung kepada tiada penangguhan.

Bagaimanapun, keputusan bergantung kepada kesediaan pemimpin-pemimpin kanan parti seperti Datuk Seri Mohamad Hasan dan Datuk Seri Ismail Sabri memberi isyarat sama ada mereka mahukan pemilihan atau menangguhkannya. – Malaysipost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here