Lirik nyanyian kru kapal selam seperti pesanan terakhir

0
1

BERITA tragedi yang menimpa kru kapal selam KRI Nanggala 402 merupakan perkhabaran duka buat seluruh rakyat Indonesia, malah turut dirasai di Malaysia.

Perkongsian foto yang sempat dirakam sewaktu kru-kru melakukan tugas di darat sebelum memulakan operasi di laut dalam, sangat meruntun hati netizen.

Pada masa sama, tular sebuah video mempamerkan kru kapal selam tersebut berkumpul menyanyikan lagu berjudul ‘Sampai Jumpa’ beramai-ramai.

Video tersebut dikongsi oleh pelantun lagu berkenaan, Erix Soekamti menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Dalam klip itu, kelihatan salah seorang kru sedang bermain gitar sementara rakan-rakan lain menyanyikan lagu tersebut sewaktu berada dalam kapal selam itu.

“Datang akan pergi
Lewat ‘kan berlalu
Ada ‘kan tiada bertemu akan berpisah
Awal ‘kan berakhir
Terbit ‘kan tenggelam
Pasang akan surut bertemu akan berpisah
Hey, sampai jumpa di lain hari
Untuk kita bertemu lagi
Kurelakan dirimu pergi
Meskipun ku tak siap untuk merindu
Ku tak siap tanpa dirimu
Kuharap terbaik untukmu”

https://www.instagram.com/p/CODev36loho/?igshid=133bimdozrz6n

Meneliti setiap bait lagu itu, ternyata ia seperti membawa maksud mendalam berkaitan keberadaan mereka.

Ia seakan-akan ‘pesanan terakhir’ buat ahli keluarga, saudara mara serta insan tersayang yang menanti kepulangan mereka.

Di ruangan komen, rata-rata netizen tidak dapat menahan sebak tatkala menonton klip tersebut dan berdoa agar ahli keluarga ke semua kru kapal selam itu tabah dengan tragedi yang berlaku.

Terdahulu, kapal selam KRI Nanggala yang membawa seramai 53 kru itu dipercayai mengalami keretakan dan tenggelam sedalam 850 meter di dasar laut.

Perkara itu dilaporkan Tentera National Indonesia (TNI) apabila anggota misi pencarian menemui tumpahan minyak dan serpihan kepingan serta barang-barang peribadi seperti sejadah dari kapal selam terbabit. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here