Akar umbi Umno tidak mahu kerjasama dengan Bersatu – Zahid

0
2
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

KEPUTUSAN tiada kerjasama dengan Bersatu bukan bersifat peribadi sebaliknya ia diputuskan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU), kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden Umno itu berkata, perkara yang sudah diputuskan tidak boleh dibawa bincang semula di meja rundingan dengan mudah kerana melibatkan suara akar umbi dan perwakilan Umno.

“Tiga hari lepas Dewan Ulama PAS Pusat menegaskan parti itu sedia menjadi orang tengah bagi menyelesaikan pertelingkahan antara Umno dan Bersatu bagi mendepani PRU-15.

“Pihak mereka beritahu mereka boleh mengatur perjumpaan bagi mencari titik penyelesaian terhadap kemelut yang berlarutan.

“Saya berharap pihak yang berkeyakinan tinggi itu faham. Lagipun mereka juga perlu faham bahawa kerjasama Muafakat Nasional sudah dibentuk ketika orang Melayu dan Islam diinjak-injak semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH),” katanya menerusi catatan di Facebook.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, gabungan tersebut pada masa itu adalah tulen, jujur dan penuh semangat.

“Dan kerjasama berkenaan melibatk antara 3 juta ahli bersama sejuta ahli. Bukannya kerjasama antara sejuta ahli dengan 500 orang,” ujarnya.

Terdahulu, PAS menyatakan kesediaan untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan pertelingkahan antara Umno dan Bersatu demi kelangsungan pemerintahan negara menjelang PRU15.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata pihaknya boleh mengatur perjumpaan bagi mencari titik pertemuan yang boleh menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh kedua-dua pihak terbabit.

“Tanpa mencari penyelesaian ke arah penyatuan itu kita bimbang akan menjejaskan kedudukan orang Melayu Islam di negara ini,” katanya. – Malaysiapost.

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/31/pilu-pas-bersatu-perbaharui-kerjasama-sebaliknya-umno-menolak/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here